Home > Harimau Malaya > AFF U23: MALAYSIA PULANG DENGAN TANGAN KOSONG

AFF U23: MALAYSIA PULANG DENGAN TANGAN KOSONG

Pertembungan aksi Piala AFF U23 bagi penentuan tempat ke-3 antara Malaysia dan Thailand berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada skuad Thailand.

Aksi yang berlangsung baik itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan E. Elavarasan melakukan beberapa perubahan.

Skuad muda negara memiliki beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol pembukaan.

Detik terbaik hadir apabila serangan bertali-arus oleh Fergus Tierney hampir membuahkan hasil.

Thailand memperoleh peluang terbaik apabila Panthamit berjaya meloloskan diri namun ketangkasan penjaga gol Malaysia, Azim Al-Amin menafikan peluang tersebut.

Babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, Gajah Putih lebih banyak mendominasi bahagian serangan dengan skuad muda negara lebih banyak bertahan.

Dereta peluang yang dimiliki oleh barisan serangan lawan berjaya dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol negara, Azim Al-Amin.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal terikat 0-0.

Perlawanan diheret ke penentuan penalti dengan Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan 4-3.

Leave a Reply