Home > Harimau Malaya > Umum > AFC CUP: TERENGGANU TUNJUK BELANG

AFC CUP: TERENGGANU TUNJUK BELANG

Aksi pertama saingan Kumpulan G dalam kempen Piala AFC 2023 telah melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang wakil dari Australia, Central Coast Mariners.

Babak separuh masa pertama bermula dengan permainan rancak diperagakan kedua-dua pasukan. Pasukan Terengganu dan Central Coast masing-masing ghairah untuk mengasak memecah kebuntuan.

Gol pembukaan akhirnya hadir buat anak buah Tomislav Steinbruckner menerusi jaringan sendiri pemain lawan. Hantaran lintang Nurillo telah diterpa masuk Nathan Paull.

Separuh masa pertama tamat, Terengganu 1-0 Central Coast Mariners.

Bermula babak separuh masa kedua, pasukan pelawat terus menerus melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan.

Gerakan yang diatur pemain Central Coast bagaimanapun masih gagal menembusi gawang Suhaimi Husin.

Pada minit ke-72 permainan, peluang keemasan hadir buat penyerang Coast Central untuk menyamakan kedudukan. Namun tindakan pantas Shahrulnizam Roshani berjaya menghalang gawang Teregganu daripada dibolosi.

Sebelum perlawanan tamat, Habib Haroon hampir menambah duka buat pasukan pelawat, malangnya percubaan kencang Habib terkena palang. Perlawanan tamat, Terengganu 1-0 Central Coast Mariners.

Leave a Reply