Home > Harimau Malaya > Umum > AFC CUP: SABAH TEWAS KEPADA MAKASSAR, TETAP LAYAK KE PUSINGAN SETERUSNYA

AFC CUP: SABAH TEWAS KEPADA MAKASSAR, TETAP LAYAK KE PUSINGAN SETERUSNYA

Wakil Malaysia di Piala AFC, Sabah FC menamatkan saingan dengan langkah kiri apabila tewas mengejut kepada juara bertahan Liga 1 Indonesia, PSM Makassar.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah menyaksikan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan.

The Rhinos tersentak apabila hantaran lolos oleh Kenzo Nambu berjaya menemui larian Yacob Sayuri sebeelum melepaskan rembatan untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Anak buah Ong Kim Swee bangkit untuk melakukan gerakan dengan larian Gabriel Peres hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-25.

Wakil Indonesia itu memanfaatkan kealpaan benteng pertahanan lawan menerusi satu serangan balas pantas sebelum pertahanan Sabah, Dominic Tan tertampan bola ke gawang sendiri.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.

Bersambung babak kedua, Sabah mula mengatur gerak untuk mencari gol dan hampir menemui jaringan pertama menerusi rembatan Stuart Wilkin.

Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Kim Swee dengan memasukkan Jafri Firdaus dan Rawilson Batuil memastikan kebangkitan Sabah.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila penyerang Sabah, Telmo Castanheira bijak menanduk masuk hantaran Saddil Ramdani.

Tambahan masa 6 minit mengubah keputusan perlawanan yang memihak kepada PSM Makassar selepas memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan oleh Everton.

Keputusan akhir perlawanan berakhir dengan kemenangan milik PSM Makassar dengan keputusan 3-1.

Leave a Reply