Home > Berita 433 > ADAKAH INI JERSI AWAY TERBARU BORAK FC?

ADAKAH INI JERSI AWAY TERBARU BORAK FC?

Baru baru ini tersebar gambar yang berkemungkinan adalah jersi Away terbaru Borak FC. Terdapat dua gambar yang dikongsikan salah seorang follower kami dimana menunjukkan seorang pemain Borak FC sedang bergambar memakai jersi berwarna biru tersebut dan satu lagi gambar menunjukkan penjaga gol Borak FC saudara Farhan yang memakai jersi tersebut baru sahaja keluar dari surau di salah sebuah padang bola sepak sintetik di Bangi.

Lebih menguatkan spekulasi, logo penaja utama Borak FC iaitu Little Joe tertera di bahagian hadapan jersi tersebut. Kami cuba menghubungi wakil dari pengurusan Borak FC dan juga penaja utama mereka Little Joe untuk mendapatkan penjelasan namun gagal.

Berikutan dengan penyebaran gambar jersi ini,ianya telah membuatkan ”Jersi Away” Borak Football Club ini telah Trending di Aplikasi Twitter sejak petang semalam.Jersi Away Borak Football Club ini juga dilihat telah mengalahkan nama-nama besar pemain bola sepak seperti Timo Werner ,Ibrahima Konate serta Declan Rice di Twitter.

Setakat ini, Borak FC hanya menggunakan jersi yang digelar Legacy Kit (Bukan Home, Bukan Away) dan dengan aksi LIga KBS UPM yang akan bermula Sabtu ini, ianya menguatkan lagi spekulasi bahawa jersi yang di dalam gambar yang tersebar ini adalah jersi Away terbaru Borak FC yang akan digunakan dalam kempen liga tersebut.

Leave a Reply