Home > Liga Malaysia 2023 > 2 KAD MERAH PUNCA PERAK FC TEWAS BERDEPAN SKUAD KDA FC

2 KAD MERAH PUNCA PERAK FC TEWAS BERDEPAN SKUAD KDA FC

Kedah berjaya pulang dengan tiga mata selepas berjaya menewaskan tuan rumah Perak 4-1 dalam perlawanan sulung Liga Super di Stadium Perak hari ini.

Sebaik sepak mula, The Bos Gaurus mendahului seawal minit ketiga menerusi Ikhwan Hafizo. Cubaan pemain tengah Kedah mengeluarkan bola segera dipintas pemain import Korea Selatan, Seo Sun-ung sebelum menghantar bola kepada Ikhwan.Pemain tengah muda itu melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Kenari, Kalamullah Al-Hafiz.

Bagaimanapun, pendahuluan mereka tidak bertahan lama apabila Lee Tuck melepaskan rembatan jarak jauh menewaskan penjaga gol Perak, Bryan See pada minit ke-17.Hasrat Perak untuk bangkit terencat sedikit apabila bek tengah berpengalaman Haziq Puad dibuang padang oleh pengadil pada minit ke-34. Itu juga merupakan kad merah pertama dalam liga musim ini. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Masuk babak kedua, skuad Kenari mendapat sepakan penalti selepas kapten Manuel Ott dijatuhkan dalam kotak penalti. Willian Lira tenang menyempurnakan penalti menewaskan Bryan bagi meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

The Bos Gaurus terus dirundung malang apabila Sunday Afolabi dibuang padang oleh pengadil selepas mengutip kad kuning kedua. Kelebihan ini dimanfaatkan anak-anak buah Nafuzi Zain menerusi gol ketiga yang dijaringkan Ariff Farhan pada minit ke-84. Pemain gantian Jonathan Balotelli menambah gol keempat dengan mengangkat bola mengatasi Bryan untuk kemenangan selesa pelawat. Keputusan 4-1 ini meletakkan skuad Kenari di tempat kedua Liga Super di belakang pendahulu liga Sabah.

Leave a Reply